Harapannya baik sahaja
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Week 11, Semester 2, 2019/2020.
Week 11, Semester 2, 2019/2020.
Aku orangnya mudah sekali jatuh sayang kepada persatuan yang aku berkerja dengan. Mungkin kerana itulah aku memilih untuk sekali lagi berkhidmat kepada persatuan yang sama. Dahulu, aku bertemu dengan pasukan yang boleh aku panggil keluarga. Setiap satu insan dari mereka; daripada pengetua, penyelia dan rakan rakan, semuanya mempunyai tempat di hati aku. Walau mungkin kini jarang bersemuka, namun kenangan bersama mereka akan tetap aku hargai hingga ke akhirnya.
Disitulah bermula tempat aku mengenal erti kehidupan, di mana aku menelusuri hakikat realiti, berpijak di bumi. Disini jua lah tempat aku memahami makna tanggungjawab dan amanah. Aku sebelumnya tidak tahu, atau mungkin lebih tepat tidak mengambil peduli tentang prinsip dunia. Lebih selesa untuk berlindung disebalik buih buih yang aku selesa. Tidak aneh bagaimana aku begitu memandang tinggi mereka. Mereka; yang mengajar aku tentang kehidupan.
Apabila melangkah ke fasa kehidupan yang baru, aku semakin berkobar-kobar untuk bertemu sebuah lagi pasukan yang baharu. Namun, disinilah aku belajar; berbeda bedanya ujian kehidupan. Langit tidak selalunya indah. Namun apabila ribut melanda, aku sentiasa bertemu pelangi yang meriangkan hari. Mungkin itulah ikatan konklusi yang dapat aku simpulkan.
Namun mungkin cukuplah sampai di sini. Tidak aku nafi, bersyukur sekali dapat mengenali sahabat yang sentiasa melindung, seronok berkerja bersama mereka. Sistem sokongan sedari awal dan senang untuk berdiri bersama mereka.
Namun, apabila dikatakan tidak bernilainya segala usaha kami, dan dilayan seperti ini, hati yang mana tidak terluka. Seperti semua sudah merasa tawar untuk memahami. Apabila tindakan tidak mencerminkan umur kedewasaan dan kematangan, hanya tidak sabar untuk kami mengakhiri. Tiada yang mahu merasakan ini. Terkilan dan sungguh kecewa perkara sebegini terjadi. Sungguh. Aku tidak pernah selesa untuk berada di dalam situasi ini; tegang dan seperti tiada kesudahan.
Dia juga pendidik aku, tidak mungkin aku senang dengan perkara ini. Risau akan keberkatan ilmu, namun apa lagi harus kami lakukan untuk mencapai sepakat perdamaian? Andai permohonan maaf juga terus dibiarkan seperti tergantung sebegitu.
Aku juga tidak tahu, besar sekali kah kesalahan kami -- sedang kebanyakannya hanya tidak sengaja dari pihak kami. Keduanya ada salahnya, terlalu sukarkah untuk berbincang dan menghulur salam perdamaian. Aku juga tidak tahu. Hanya berdoa agar dapat diakhiri dengan senyuman daripada hati yang berat dan tidak berpehujungan.
NY.
12072020.
1748.
Comments
Post a Comment